Friday, June 2, 2017

PENGENALAN KEPADA SURAH AL-KAHFI

Musyrikin Mekah timbul rasa dalam hati mereka yang mungkin Nabi Muhammad itu memang seorang Rasul. Mereka takut juga kalau Nabi Muhammad itu benar seorang Rasul dan kalau mereka tidak ikut, mereka telah membuat satu kesalahan yang besar. Jadi bagaimanakah mereka nak pastikan benar atau tidak? Musyrikin Mekah kebiasaanya akan merujuk kepada pendita Yahudi. Ini kerana kaum Quraish ini walaupun mereka ikut saki baki ajaran Nabi Ibrahim, tapi mereka tiada kitab rujukan. Mereka memandang tinggi kepada Pendita Yahudi dan dijadikan sumber rujukan mereka kerana mereka tahu yang Yahudi ada Kitab Taurat. Jadi mereka hantar rombongan kepada Pendita Yahudi yang berada di Madinah masa itu. Dan bertanya macam mana nak tahu Muhammad itu benar atau bohong? Pendita Yahudi suruh mereka tanya kepada Nabi, tiga soalan. Kalau dia jawab dua dan tak jawab satu, maka dia adlaah nabi yang sebenarnya.

Soalan pertama adalah tentang pemuda yang tinggal di dalam gua, soalan kedua tentang roh dan soalan ketiga tentang Zulkarnain. Maka mereka jumpa Nabi dan bertanya kepada Nabi soalan-soalan itu. Nabi pun jawab baginda akan memberikan jawabannya dan berdasarkan pengalaman baginda, selalunya akan mendapat jawapan esoknya, maka baginda suruh mereka untuk datang esok.

Nabi tidak sertakan kata-katanya itu dengan "Insyaa Allah". Esoknya mereka datang dan Nabi senyap tidak dapat jawab kerana baginda tidak mendapat wahyu lagi dari Allah. Hari-hari mereka datang jumpa Nabi dan mereka hina kepada Nabi. Mengikut riwayat, kejadian itu berlangsung selama 15 ke 17 hari. Nabi diuji oleh Allah dengan tidak memberikan jawaban kepada soalan-soalan itu. Ini menunjukkan Nabi tidak tahu ilmu ghaib.

Selagi tidak diberitahu oleh Allah, baginda tidak tahu. Hanya tahu apabila Allah beritahu. Ini berbeza dengan kita sekarang, sampai ada yang boleh kata tok guru tahu ilmu ghaib, dengan tengok muka anak murid dah tahu apa yang anakmurid itu buat. Itu termasuk suyirik dalam ilmu. Nabi sendiri tidak tahu ilmu ghaib tapi bagaimana tok guru pula yang boleh tahu ? Adakah tok guru itu lebih tinggi ilmunya dari Nabi +

Thursday, June 1, 2017

IMBASAN SURAH AL-KAHFI


Surah Al-Kahfi banyak merakamkan amaran Allah kepada orang yang kufur terhadap nikmat-Nya, disamping memberikan khabar gembira kepada hamba-hamba Nya yang soleh, menghuraikan dengan jelas pertentangan antara iman dan "madiyyah" (materialisme) serta menggariskan makna kebahagiaan yang sebenar menurut Islam. Kisah-kisah yang terkandung didalam surah Al-Kahfi menjadi bahan renungan dan peringatan kepada umat beriman sepanjang zaman khususnya di era tamadun 'kedajjalan' bermaharajalela. Ini kerana, pertarungan materisme dan iman berterusan sepanjang zaman.

Di zaman mengaku tuhan umpamanya, penganut materialisme diwakili Firaun dan menteri-menterinya termasuk Haman dan Qarun. Sementara golongan beriman diwakili oleh Nabi Musa dan para pengikut setianya yang beriman kepada Allah. Dizaman ini, golongan materialisme diwakili oleh negara-negara "superpower" yang memiliki peralatan perang yang canggih, media putar belit, empayar hiburan dan sebagainya untuk menyesatkan umat manusia agar perang-memerangi dan terkeluar dari jalan kebenaran.

Islam tidak menolak keprluan material (Kebendaan) tetapi memerangi materialisme, suatu fahaman yang menjadikan kekayaan, pengaruh dan kuasa sebagai matlamat utama dan tuhan-tuhan baru yang dipuja dan disembah. Materialisme adalah suatu bentuk kezaliman yang disebut di dalam surah Al-Kahfi. Galakan Nabi agar umatnya mengamalkan surah Al-Kahfi selain daripada maksud ibadah adalah supaya mengambil "ibrah" agar intisari pengajaran ayatnya memelihara kita daripada fitnah Dajjal. Fitnah Dajjal adalah merupakan fitnah yang terakhir dan paling besar sekali.



Baginda SAW bersabda :
"Diantara penciptaan Adam sampai ke hari kiamat itu, tidak ada perkara yang lebih besar dari Dajjal."
(Riwayat Muslim)

Tamadun kebendaan di akhir zaman ini telahpun diperlihatkan ciri-ciri untuk memperdajjalkan umat manusia dalam semua perkara. Antara kriteria-kriterianya ialah mengaburkan fahaman orang ramai, melabelkan sesuatu dengan nama yang tidak sepatutnya, memalsukan kebenaran, mengubah perkara yang baik kepada keji dan keji kepada baik serta mengatakan sesuatu perkara sedangkan dirinya tidak mempunyai kearafan dalam isu yang ditimbulkannya itu. Hal itu yang paling banyak terjadi sekarang ini sama ada kita sedar atau tidak sedari.

Justeru, surah ini dalam segala aspek menekankan benteng aqidah, jiwa, fitrah dan tabi'ie di mana keseluruhannya itu ditolak oleh fikrah kebendaan (materialisme) yang semata-mata berpegang pada perkara yang boleh dinikmati, lahiriah, praktikal, memberikan faedah duniawi, kepuasan jasmani dan penghormatan bangsa. Didalam surah ini terdapat empat kisah yang akan dihuraikan dalam tulisan ini. Kesemuanya mengandungi maksud yang berhubung walaupun disampaikan dalam situasi yang beragam iaitu :
  • Kisah Ashabul Kahfi
  • Kisah Pemilik Dua Kebun
  • Kisah Nabi Musa dan Khidir
  • Kisah Zulqarnain
Imam Jalal al-Din al Sayuti menceritakan bahawa kaum Yahudi bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang tiga soalan berkisar masalah roh, Ashabul Kahfi dan Zulqarnain bertujuan untuk mengejek Nabi. Lalu Allah menurunkan wahyu kepada Rasul Nya, bagi menjawab soalan tentang roh di dalam surah Al-Isra' ayat 85, manakala soalan-soalan berbaki dijawab di dalam surah Al-Kahfi. Segelintir kaum Yahudi merendah-rendahkan Nabi SAW dengan soalan bersifat "supernatural" seolah-olah merekalah jaguh segala maklumat. Namun, Allah Taala tidak menilai berapa banyak ilmu pengetahuan yang dimiliki tetapi berapa banyak ia diamalkan dalam kehidupan.